Thursday 26 January 2012

Resepi Kek Lapis Oreo

Salam...

Lagi resepi yang mesti anda cobaaa....




Kek Lapis Oreo

Bahan-bahan:
500 g mentega
200 g gula kastor
10 biji telur gred A
200 g tepung gandum
100 g biskut marie, kisar halus
50 g serbuk santan (1 peket)
120 g susu pekat manis
32 keping Biskut oreo (dibuang cream)-loyang  8 x 8 x 3 inci
1 st asen vanilla
Serbuk koko/ pewarna (ikut suka)

Cara-cara:
1.       Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih)
2.       Masukkan telur satu persatu sambil  pukul hingga gebu.Jgn lupa masukkan asen vanila
3.       Campurkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan, ayak halus
4.       Pada speed sederhana, masukkan tepung-tepung tadi diikuti dengan  susu pekat manis. Gaul hingga sebati.
5.       Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (plain dan coklat).
6.       Bahagikan setiap adunan kpd 4 bhgn untuk memudahkan lapisan dibuat.
7.       Bakar lapisan pertama (warna coklat) dengan suhu 160C selama lebih  kurang 5 minit.
8.       Keluarkan Loyang (disapu dgn butter)dan tuangkan lapisan kedua (warna plain) diikuti dgn susunan biskut orea (see picture) bakar lagi hingga masak dan teruskan melapis satu persatu hingga masak. (pastikan setiap lapisan masak sebelum melapis lapisan seterusnya)
9.       Selepas lapisan terakhir, biarkan kek didalan oven selama 15-20 minit (biar betul2 masak)
*lebih sedap sekiranya kek disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Good luck!!

No comments:

Post a Comment