Monday 30 January 2012

Resepi Kek Carrot

Salammm...mood baik nk syer lg resepi..

Resepi Kek Carrot
Olahan oleh : http://heppydeppy.blogspot.com/


Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1  cawan minyak sayur
  • 2 cawan gula- kurangkan dua sudu. lg sedapp!
  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam golden raisin- ikut suka
  • segenggam badam-ikut suka (cincang n blend)-
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis/ esen vanilla  
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur, asen vanilla, minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang yg telah di gris.
  6. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan selama 30 min pada suhu 160oC atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
Topping/Glaze

100 gm cream cheese
1 camca teh esen vanilla / jus lemon

Cara-cara

pukul whipping cream hingga kembang n masukkan cream cheese sebati kemudian masukkan gula aising n esen vanilla dan sapukan atas kek.(rase manis @tidak)
Lebihnya campurkan dgn color oren n hijau utk bentuk mini carrot.

Cuba..jgn x cubaaa!!!

100g whipping cream
70 gm gula aising

Thursday 26 January 2012

Resepi Kek Lapis Oreo

Salam...

Lagi resepi yang mesti anda cobaaa....




Kek Lapis Oreo

Bahan-bahan:
500 g mentega
200 g gula kastor
10 biji telur gred A
200 g tepung gandum
100 g biskut marie, kisar halus
50 g serbuk santan (1 peket)
120 g susu pekat manis
32 keping Biskut oreo (dibuang cream)-loyang  8 x 8 x 3 inci
1 st asen vanilla
Serbuk koko/ pewarna (ikut suka)

Cara-cara:
1.       Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih)
2.       Masukkan telur satu persatu sambil  pukul hingga gebu.Jgn lupa masukkan asen vanila
3.       Campurkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan, ayak halus
4.       Pada speed sederhana, masukkan tepung-tepung tadi diikuti dengan  susu pekat manis. Gaul hingga sebati.
5.       Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (plain dan coklat).
6.       Bahagikan setiap adunan kpd 4 bhgn untuk memudahkan lapisan dibuat.
7.       Bakar lapisan pertama (warna coklat) dengan suhu 160C selama lebih  kurang 5 minit.
8.       Keluarkan Loyang (disapu dgn butter)dan tuangkan lapisan kedua (warna plain) diikuti dgn susunan biskut orea (see picture) bakar lagi hingga masak dan teruskan melapis satu persatu hingga masak. (pastikan setiap lapisan masak sebelum melapis lapisan seterusnya)
9.       Selepas lapisan terakhir, biarkan kek didalan oven selama 15-20 minit (biar betul2 masak)
*lebih sedap sekiranya kek disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Good luck!!

Thursday 19 January 2012

Resepi Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum...
Ni resepi yg confirm jadi kenyataan..try laa..
 
BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
Dasar kek:
100gm biskut marie (biase or coffee)
60gm mentega, dicairkan (panaskan dlm beberapa minit)
* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam freezer selama 20 minit or lebih

kek
250gm cream cheese
40g gula halus

30gm tepung gandum
3 biji kuning telur
150gm yogurt asli
3 biji putih telur
60gm gula halus

200gm blueberry (bergantung kpd saiz kek)
Berat ± 1.15 kg

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang.Masukkan gula dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Bakar pada suhu 170 oC di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan (Jgn lama sgt nnti keras dan pecah).
7. Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. Sapukan blueberry dan hias ikut citarasa.
Cadangan : klu nk kek cantik sediakan loyang bersaiz  6"..
Selamat mencuba!!!