Monday 30 January 2012

Resepi Kek Carrot

Salammm...mood baik nk syer lg resepi..

Resepi Kek Carrot
Olahan oleh : http://heppydeppy.blogspot.com/


Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1  cawan minyak sayur
  • 2 cawan gula- kurangkan dua sudu. lg sedapp!
  • 2 cawan tepung gandum
  • segenggam golden raisin- ikut suka
  • segenggam badam-ikut suka (cincang n blend)-
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis/ esen vanilla  
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur, asen vanilla, minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang yg telah di gris.
  6. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan selama 30 min pada suhu 160oC atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
Topping/Glaze

100 gm cream cheese
1 camca teh esen vanilla / jus lemon

Cara-cara

pukul whipping cream hingga kembang n masukkan cream cheese sebati kemudian masukkan gula aising n esen vanilla dan sapukan atas kek.(rase manis @tidak)
Lebihnya campurkan dgn color oren n hijau utk bentuk mini carrot.

Cuba..jgn x cubaaa!!!

100g whipping cream
70 gm gula aising

Thursday 26 January 2012

Resepi Kek Lapis Oreo

Salam...

Lagi resepi yang mesti anda cobaaa....




Kek Lapis Oreo

Bahan-bahan:
500 g mentega
200 g gula kastor
10 biji telur gred A
200 g tepung gandum
100 g biskut marie, kisar halus
50 g serbuk santan (1 peket)
120 g susu pekat manis
32 keping Biskut oreo (dibuang cream)-loyang  8 x 8 x 3 inci
1 st asen vanilla
Serbuk koko/ pewarna (ikut suka)

Cara-cara:
1.       Pukul mentega dan gula hingga kembang (putih)
2.       Masukkan telur satu persatu sambil  pukul hingga gebu.Jgn lupa masukkan asen vanila
3.       Campurkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan, ayak halus
4.       Pada speed sederhana, masukkan tepung-tepung tadi diikuti dengan  susu pekat manis. Gaul hingga sebati.
5.       Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (plain dan coklat).
6.       Bahagikan setiap adunan kpd 4 bhgn untuk memudahkan lapisan dibuat.
7.       Bakar lapisan pertama (warna coklat) dengan suhu 160C selama lebih  kurang 5 minit.
8.       Keluarkan Loyang (disapu dgn butter)dan tuangkan lapisan kedua (warna plain) diikuti dgn susunan biskut orea (see picture) bakar lagi hingga masak dan teruskan melapis satu persatu hingga masak. (pastikan setiap lapisan masak sebelum melapis lapisan seterusnya)
9.       Selepas lapisan terakhir, biarkan kek didalan oven selama 15-20 minit (biar betul2 masak)
*lebih sedap sekiranya kek disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Good luck!!

Thursday 19 January 2012

Resepi Blueberry Cheese Cake

Assalamualaikum...
Ni resepi yg confirm jadi kenyataan..try laa..
 
BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
Dasar kek:
100gm biskut marie (biase or coffee)
60gm mentega, dicairkan (panaskan dlm beberapa minit)
* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam freezer selama 20 minit or lebih

kek
250gm cream cheese
40g gula halus

30gm tepung gandum
3 biji kuning telur
150gm yogurt asli
3 biji putih telur
60gm gula halus

200gm blueberry (bergantung kpd saiz kek)
Berat ± 1.15 kg

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang.Masukkan gula dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Bakar pada suhu 170 oC di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan (Jgn lama sgt nnti keras dan pecah).
7. Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. Sapukan blueberry dan hias ikut citarasa.
Cadangan : klu nk kek cantik sediakan loyang bersaiz  6"..
Selamat mencuba!!!

Friday 14 October 2011

Bangga nya apabaila menjadi seorang WANITA, subhanaAllah!!!

Renungkanlah...

YA ALLAH, mengapa wanita sering menangis?
Jawabnya: Kerana wanita itu UNIK..

Aku ciptakan dia sebagai makhluk istimewa,
...
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri untuk mencintai anak2 dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh rakan,
walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi

Wanita makhluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Thursday 29 September 2011

Renungan untuk kaum wanita...

Salamm..saje nk syer

Beruntungnya seorang wanita

1. Dia bekerja dengan Tuhan,jadi 'kilang' manusia.tiap-tiap bulan dia cuti bergaji penuh.7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik dirinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.cuti ini bukan cuti suka hati tapi,cuti Allah yang beri sebab dia bekerja dengan Allah.orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya .lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah .
seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin ,itu dianggap mati syahid...
Allah izinkan terus masuk Syurga,untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah bagi kelonggaran siksa kubur.

4. Untuk peringatan semua wanita yang yang bersuami,seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri akan dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak akan tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,jadi dia pun memberikan pahalanya kepada suami untuk dapat masuk ke syurga bersamanya.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,segala dosa-dosa anak isteri  yang tak dididik suami akan tanggung.

Oleh itu,dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka kepada-Nya.



p/s : Patutlah semakin ramai lelaki nak tukar jadi wanita :'p...mmm

Wednesday 7 September 2011

Biskut Raya...

Assalamulalaikum...Salam Syawal 1432 H..

Lama dah xupdate blog..juz nk syer dgn sume psl skrg tgh mood raya..Ni adalah hasil tgn sendiri tau..sempat wat seminggu sblm raya..sronok sebenarnya buat biskut raya nii.. xmoh ckp byk.. layan je la pic ni..




 Atas ni pic semperit air mata namanyer..1st time wat biskut semperit ni terkeras lak, so xleh guna acuan semperit..kena guna acuan terap..blasah jelaa..



 Ni plak biskut mama carrie.. nampaknyer yg color merah lg menawan ati..tahun dpn leh wat lagi laa..



 Biskut sarang semut plg senang nk wat..klu nk order seribu biji pun i sanggup wat..

 Biskut conflake coklat ni pun ok gak..xyh bakar..cuma kena gaul lama..ade petuanya..
 Ni cheese tart b'intikikan blueberry..rasenyer bolehlaa..
Ni shell nyer...sape2 nk order shell ni leh email..jgn malu2..

Friday 1 April 2011

The Power of Dureannn...

Nyumm..nyumm..nyumm...sape yg xsuka durean mmg rugi..

Hahaha...ahad lepas saya tidak melepaskan peluang mengekor kawan2 ke Kg. Gajah, Tapah Perak bagi merasa sendiri kesedapan/kelazatan makan durean di bwk pokok durean...ader brani?...adbencher gak masa nak masuk ke kwsn kebunnyer...kitaorg sume bwk keta sedan  tp rasenyer lg sesuai klu bwk 4wildrive...layan pic ni





 siap lalu jambatan ni tau..
 hahaha..tgk rumput lebih tinggi dr keta..
 baju hijau tu lah Tuan Tanah Kedaunnyerrr...

 Siap masuk bonet lg..best glerr babas laa...bayangkan 3 bonet sepenuh ini....wakakaka..seminggu keta xilang bau durean...tp ckup puas hati..
 Dah puas makan n badan panas, so berendam dulu sblum balikkk..
 Ist time dtg sini so cam xcited sgt laa...
 Cantiknya ciptaan tuhan...
Dalam kol 9.00 baru sampi umh...sempat lg mkn 2 bijik durean....mmg dahsyattt....