Friday, 25 March 2011

Senyum...

Salamm..

Lama dah xupdate blog..so, kali ni nak masukkan satu resepi yg telah dicuba kali pertama...hehehe..
cam biasa layan pic dulu..


Kali ni sempat jugak wat Red velvet cheese with choc indulgen, rum ball n butter teddy cookies with love..resepi tuk cookies adalah..

Resepi :Butter Teddy Cookies with Love

220 g mentega
120 g gula aising
1 bj telur
1 sk asen vanila
400 g tepung gandum
sedikit serbuk koko/pewarna coklat

Cara;
1. pukul mentega n gula hingga sebati
2. masukkan telur n asen vanila, pukul hingga kembang kelajuan tinggi
3. masukkan tepung sedikit demi sedikt hingga menjadi doh
4. ambil sedikit doh n gaul dgn pewarna coklat
5. bentuk teddy or ikut suka
6. bakar suhu 150 dgree selama 25 minit (bgantung pd oven masing2)


 ok..mesti cuba..sedapp.. n kanak2 mmg suka..sesuai jugak klu nak wat goodies tuk bday party dsbnyer...

Wednesday, 16 March 2011

Oooppiissss....

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh...

"Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu hidup selamanya, dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu mati esok hari"

Satu ungkapan yg mmg tersemat di hati sume umat islam...dengan itu, sebagai hambanya kita hanya mampu berusaha untuk mencapai ape yg terbaek dlm hidup di dunia dan di alam yg disediakan utk kita dan hanya Allah sahaja yang akan menentukannya di akhirat nnti ..semoga kita adalah diantara org2 yg dipilih olehnya..aminn.

Hehehe...layan pic nii dulu..

 ni desktop kt opis tau, bukan hutan rimba or zoo negara..hehehe, dikelilingi oleh flora n fauna..agak bersepah coz mmg malas nk kemas..

ni survinear dr Syahariza (study @ Uni of Queensland, Aus)..disebabkan ari2 ngadap benda ni, terlintas di hati utk melihat the real coala...nntilah citer pengalaman 10 ari kt sane...besttt..

 ni plak desktop kt lab..my 2nd opis ...bekerja dlm bidang sains penyelidikan & pembangunan .. tp lebih kepada pengurusan n pengendalian alatan berteknolgi tinggi..juta2 tau hegenyer...walaupun penat tp sronok bekerja n gaji pn berpatutannn...
 

Sunday, 13 March 2011

Heppy bday Kak Long....

Arini 12 Mac 2011 merupakan bday kak long yg ke 9 tahun...so,  mak ngah hanya sempat wat ni jerk b4 party kak long...
klu ade yg nak order bleh email..jgn malu2...











 nasib baik sempat singgah Toys"R" Us, Alamanda tuk bli something 4 bday girl...

 ni pic sepanjang party..


xsempat amik pic laksa n meehun singapore...
Najwa, Adam, Kak Long, Alisya n Rashdan...

ni Trisya..satu2nya cousin perempuan kak long..hehehe...
makcuk n alisya...

Tuesday, 8 March 2011

Suka Coklat?

Mitos atau Fakta

Mengapa ramai orang suka memakan coklat dan 'candies' yang lain? Sudah tentunya mereka sukakan rasanya! Terdapat banyak jenis perisa dalam pasaran sekarang. 'Candies' dalam bentuk bar yang enak dan mempunyai pelbagai ciri dan perisa, coklat di dalam kotak dengan harga dan inti yang berlainan dan blok coklat, susu, separuh manis atau tidak manis.
Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk.
Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.

MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%; Protein - 6%; Zat Besi - 3%; Vitamin A - 2.4%; Thiamine - 2%. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.

MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTHdaripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.

MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.
 Sumber : Lembaga Koko Malaysia.

Sunday, 6 March 2011

My 1st brownies... (kukus style)

hi hi hi...

Cheese brownies berlapis nama diberi
di makan bersama rakan n famili
klu xsodap jgn dicaci
klu sodap mintakla wat lagigigiggi...
.
Hehehe, arini ade mood plak nak wat brownies ni. amik dr blog rai...tq rai..1st time wat amik masa dalam 2 jam..nasib baik jd..so layan pic dulu..






 Ni siap packing utk member2 yg setia sebagai panel sensory.. rasolah yor..rosopi akan diberi kemudian..


Pic bwh ni ni plak pic minum ptg lopeh ponat wat brownies..


Selamat menjamu mata..bye..

Wednesday, 2 March 2011

Oreo n plain choc

Balik keje smlm rase teringin ssgt nak wat coklat (oreo n plain choc).. resepi ni adalah ehsan dr member opis iaitu Cik Syariena, tqvm syiena...ptg tuh lps balik keje terus ajak bff g BFEE bakery kt Bangi bli coklat campound (dark n milk), mould, oreo n edible image...hehehe...xlupa juga sempat bli brg kek spt cream cheese, whipping cream, butter n lain2..ni hasil 'shopping time'

pastu layan hasilnyerrr...


but oreo masih xletak edible image n plain coklat masih plain (lupa bli kekacang n mangkuk kertasnya) ... So, lepas ni leh wat guddies tuk bday parti Kak Long (anak sedara)...tungguuu..

Tuesday, 1 March 2011

Minatttt...

heppy deppy dtg lagiii...(',')

entry kali ni cuma nak crita psl mula timbulnya minat yg mendalam dlm bidang pembuatan kek, pastri n coklat..klu nak tau nape...hehehe..lps tgk citer drama bsiri 'tiramitsu' yg dilakonkan oleh Piere Andre n Sharifah Amani...masa tuh terus jerk cari resepi wat kek tiramitsu...alhamdulillah..nasib baik jadik w/pun x pro..layan pic tiramitsu jap

untuk pengetahuan kek-kek ni tdklah dimakan sorg2 tp dikongsi bersama sahabat baik, keluarga n rakan2 yg sudi makan..tq sume..

bila dah beberapa kali try..rase cam bosan n dah termuntah makan kek tira ni..apalagi..try plak wat cheese cake..inilah hasilnya selepas 2 x try..



so, ade sape2 yg berminat nak tempah hubungilah saya di email yg tertera...(acah jerr)..